GELANGGANG SENI SILAT PAKLONG SHUKOR.
GELANGGANG SENI SILAT PAKLONG SHUKOR
KG. LUKUT,
KOTA TINGGI,
JOHOR DARUL TAKZIM.
KG. LUKUT,
KOTA TINGGI,
JOHOR DARUL TAKZIM.
Sunday, 7 August 2011
BUKU LIMA.
Buku Lima
Merupakan senjata kecil yang bukan untuk membunuh, tetapi hanya sebagai 'habuan' berbisa dalam pertempuran. Biasanya digunakan bagi mengalahkan lawan yang lebih handal, atau bertubuh sasa, atau yang dirasakan `tak makan cekak'. Buku lima diasaskan dari bentuk penumbuk. Sebagai hiasan barang keras pada penumbuk, buku lima ditambah yang mana sedia maklum akan memberikan pukulan yang sangat berbisa, sekaligus menghilangkan cabaran musuh.
Buku lima diperbuat dari bahan logam besi atau tembaga dan dijadikan sebagai senjata sulit. Namun begitu ianya jarang digunakan dalam pertempuran, tetapi hanya untuk tempur satu lawan satu.
Biasanya dipakai tanpa disedari lawan, dan pukulan 'curi' digunakan secara helah. Sasaranya pada muka yang mana akan memberikan kecederaan parah.
Terdapat 2 jenis buku lima iaitu jenis,`genggaman'
dan jenis 'sarung'. Jenis genggaman mempunyai mata yang rata dan mudah terlepas jika genggaman tidak kuat atau musah mahir dalam kuncian. Berbanding pula dengan jenis sarung yang mempunyai mata tajam pada bahagian luar genggaman yang mana mudah dilihat oleh musuh tetapi sukar terlepas dari tangan. Ada juga penyerang yang menanam 'besi kuning' pada buku lima mereka. Menurut ceritanya sesiapa yang terkena buku lima ini akan menemui maut atau setidak-tidaknya akan muntah darah dan menanggung penderitaan. Buku lima yang ditanam besi kuning juga boleh menewaskan ilmu kebal dan menawarkan ilmu hitam.
Buku lima hanya digunakan sekali sahaja dalam pertempuran, ini mengelakkan daripada diketahui oleh lawan yang mana boleh menyebabkan dendam yang berpanjangan. Tetapi jika sekali pukul lawan pengsan, ini akan memberikan kesedaran pada musuh akan kehebatan kita. Senjata ini adalah merbahaya dan diharamkan oleh kerajaan dan boleh didakwa jika memilikinya.

SENI BUAH PUKUL SENDENG PAKLONG SHUKOR .
1). TUMBUK SULONG / TUMBUK TUA.
2). KEBAS.
3). TUMBUK ELAK.
4). KIRAI.
5). SPRING MUKA.
6). TUMBUK TIGA ( 3 ) BERADIK.
7). KETUK MUKA.
8). KERAMBIT.
9). SPRING KAKI.
10). KETUK BUAH.
11). TUMBUK BERANI.
12). ELAK BUANG.
13). ELAK SAMBIL KETUK.
14). ELAK PIJAK PELIPAT.
2). KEBAS.
3). TUMBUK ELAK.
4). KIRAI.
5). SPRING MUKA.
6). TUMBUK TIGA ( 3 ) BERADIK.
7). KETUK MUKA.
8). KERAMBIT.
9). SPRING KAKI.
10). KETUK BUAH.
11). TUMBUK BERANI.
12). ELAK BUANG.
13). ELAK SAMBIL KETUK.
14). ELAK PIJAK PELIPAT.
SENI SILAT CEKAK.
SILAT CEKAK.
Pengertian Cekak
Adakah nama Cekak diletakkan dengan tidak mempunyai apa-apa maksud?
Perkataan Lama. Perkataan Cekak adalah satu perkataan yang tua yang telah lahir sejak zaman masyarakat Melayu. Perkataan 'Cekak' digunakan setiap hari, ini menunjukkan perhubungan yang rapat antara masyarakat kita dengan perkataan 'Cekak' itu tetapi mereka masih jauh dari pengertian Cekak apabila perkataan itu digunakan sebagai nama sejenis seni silat iaitu Seni Silat Cekak.
Oleh kerana perkataan Cekak mempunyai pertalian yang erat dengan tata bahasa Melayu, untuk mengetahui mengapakah Silat Cekak itu dinamakan 'Silat Cekak', kita mestilah mengkaji dari segi istilah dan penggunaan perkataan 'Cekak' itu sendiri.
Makan Cekak. Di Utara terutama di Kedah, perkataan Cekak itu telah dijadikan satu simpulan bahasa - 'makan cekak'. Simpulan bahasa tersebut membawa makna bertanggungjawab. Misalnya ada suatu pekerjaan yang hendak dibuat, maka ada orang yang mengatakan:
"Ah, itu aku seorang saja pun 'makan cekak'."
Bila dibawa kembali kepada 'Silat Cekak' maka makna 'Silat Cekak' ialah silat yang bertanggungjawab menjaga diri pengamal-pengamalnya dari dianiayai oleh musuh-musuhnya.
Bercakak. Di dalam bahasa Minang, perkataan Cekak ada juga, tetapi tidak disebut sebagai 'Ce-kak' tetapi disebut dengan bunyi 'Cakak'. Bercakak dalam bahasa Minang membawa maksud bergaduh. Contohnya:
"Si Ali dan si Ahmad sedang bercakak di simpang tiga".
Ini membawa pengertian bahawa si Ali dan si Ahmad sedang bergaduh. Jadi kembali kita kepada makna Silat Cekak - ia membawa erti 'Silat Gaduh'. Ini bukan bermakna Silat Cekak ini suka bergaduh tetap ialah Silat yang boleh dibawa bergaduh untuk mempertahankan diri. Jelas sekali Silat Cekak sebenarnya Silat yang benar-benar untuk mempertahankan diri bukan untuk pertunjukkan di majlis-majlis kenduri ataupun di pesta-pesta. Sebab itulah Silat Cekak tidak ada tari menari, gong gendang dan langkah melangkah. Ia hanya mara kehadapan apabila bertempur dengan musuh.
Subscribe to:
Posts (Atom)